Saturday, April 26, 2008

Awas! buaian enjut bayi boleh menyebabkan pendarahan otak bayi

Yan, 26 April 08. Saya berkesempatan bertemu dan berbual di satu majlis dengan seorang guru dari SM Maktab Mahmud Yan, Kedah. Dalam bercerita itu dan ini beliau ada menyingkap kisah yang sangat perlu diberi perhatian oleh para ibi-bapa yang mempunyai bayi kecil.

Menurut beliau, seorang bayi lelaki berusia 3 bulah terpaksa dimasukkan ke ICU di Hospial Besar Pulau Pinang kerana pengsan secara tiba-tiba. Dari analisa awal doktor tidak dapat mengesahkan punca kejadian. Pihak hospital lantas bercadang mengambil air tulang belakang untuk analisa punca kejadian dengan lebih lanjut. Cadangan ini mendapat bantahan dari kedia ibu bapa bayi malang tersebut.

Seteleh cadangan ini tidak dipersetujui, pihak hospital mengambil keputusan untuk menghantar bayi ini untuk rawatan susulan di Hospital Besar Alor Setar. Pihak Hospital disana kemudian mengambil keputusan untuk buat image scanning dibahagian kepala. Dari pemerhatian image tersebut, mereka sangat terperanjat melihat beberapa kesan tompokan darah dalam otak bayi tersebut.

Mereka mangesyaki bayi malang ini mungkin telah didera sebelum pengsan. Tapi jika ia didera dengan cara dipukul, kesan tompokan darah dalam kepala akan hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja selain dari terdapat kesan hentakan diluar kepala pada bahagian yang telah dipukul.

Tetapi kesan tompokan yang didapati dari image scaning tidak dapat mengesahkan ianya berpunca dari kesan penderaan. Pihak doktor menyoal siasat ibu-bapa bayi malang bagi mencari kemungkinan lain yang mungkin menyebabkan kesan tompokan darah ini boleh berlaku. Dari jawapan balas, ibu bayi ini mengakui bahawa ia mengunakan buaian enjut untuk menidurkan bayi ini. Dari pemerhatian doktor ia dapat mengesahkan bahawa penggunaan bauaian enjutlah yang menyebabkan berlakunya tompokan darah dalam kepala bayi malang ini hingga menyebabkan bayi malang ini terpaksa mendapatkan rawatan ICU.

Kejadian ini telah pun berlaku di negera Eropah dan doktor disana mengakui penggunaan buaian enjut pada kelajuan yang tinggi boleh menyebabkan berlaku pendarahan dalam otak yang boleh mengancam nyawa bayi.

Bayi malang yang masih mendapat rawatan ini telah beransur pulih dan dari pemerhatian doktor mendapati tompokan darah yang terjadi dalam kepalanya telah berkurangan walaupun ianya mengambil masa yang agak lama. Ia masih bernasib baik kerana sempat mendapat rawatan segera dan kepantasan pihak hospital mengenalpasti punca kejadian.

No comments: