Sunday, April 13, 2008

Datuk Karim ikhlas membantah ladang khinzir berpusat ?

Saya tidak berminat untuk melanjutkan bicara soal penternakan babi berpusat yang sedang heboh diperkatakan di negeri Selangor sejak akhir-akhir ini.

Siapa Datuk Karim Mansur? Datuk Karim Mansur adalah ADUN Tanjung Sepat yang kuat membantah projek ternakan babi perpusat yang menggunakan teknologi canggih dari Jerman. Untuk seterusnya kenapakah Datuk Karim marahkan pembinaan projek babi ini.

Terbaca dalam akhbar the Sun hari ini, (theSun: Monday April 14 2008 P-9. Press Digest by Kong See Hoh.) "MCA man tells all on pig farming project", teringin saya berkongsi beberapa maklumat penting untuk pengtahuan rakan-rakan sekelian. Antara beberapa perkara penting berhubung cerita disebalik tabir yang didedahkan oleh Pengerusi Biro Pertanian tradisi MCA, Datuk Dr Lee Chong Meng adalah sperti berikut.

Cadangan asal ladang babi berpusat di negeri selangor yang menggunakan teknologi Jerman telah pun diluluskan oleh kerajaan Selangor pada Januari lalu sebelum Parlimen dibubarkan ini kepada syarikat bumiputra akan menggunakan peruntukan United Nation dibawah program alam sekitar.

Beliau juga menyatakan dibawah bekas Menteri Besar Selangor yang lalu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah menghantar deligasi ke Jerman untuk mempelajari teknik penternakan babi berpusat Jerman. Turut serta dalam deligasi tersebut adalah Datuk Karim Mansur Adun Tanjung Sepat dan Mohamad Tarmudi Tushiran Ketua Kampung Ladang Tumbuk.


Mohamad Tarmudi Tushiran adalah diantara 200 orang yang terlibat dalam perhimpunan bantahan pembinaan ladang babi berpusat Kuala Langat di depan Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah minggu lalu.

Menurut laporan dari Oriental Daily News kelmarin, Lee dipetik sebagai berkata ADUN Tanjung Sepat Datuk Karim Mansur yang kuat mengkritik projek ternakan babi berpusat ini adalah orang yang akan membawa masuk syarikat dari Jerman ini dan akan membentuk kerjasama dengan sebuah syarikat bumiputra.

Pengerusi Biro Pertanian tradisi MCA, Datuk Dr Lee Chong Meng yang mendedahkan perkara ini pada Sabtu lalu juga menyatakan syarikat bumiputra ini mencadangkan levi sebanyak RM50 dikenakan kepada setiap babi yang diternak tetapi telah mendapat bantahan dari penternak atas alasan ianya sanyat mahal. Ekoran dari itu perbincangan cadangan mengenakan levi itu digantung.

Dalam sidang akhbar itu Lee mengkritik Karim dan Mohamad Tarmudi yang mempunyai kepentingan politik peribadi yang membuat U-turn lantas menghentam projek ternakan babi berpusat ini. Karim bukan sahaja diantara pemimpin UMNO yang berlepas tangan dan menghentam projek ini, tetapi Khir juga menafikan telah memberi kelulusan projek ini semasa pentadbiran beliau.

Lee juga menegaskan bahawa dia mempunyai semua rekod dan minit mesyuarat bagi membuktikan semua kenyataan beliau.

p/s: Haaah rupanya depa dok bantah sangat tu sebab depa tak dapat projek kandang babi. Bukan sebab sensitif pada kepentingan rakyat pun.

1 comment:

Hamidi Lokman said...

Penternakan babi perlu berpusat bagi memudahkan pemantuan. Kita harus belajar daripada peristiwa JE di bukit pelandok.