Tuesday, April 8, 2008

BPR, Polis siasat tawaran lompat parti

Ipoh, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis telah memulakan siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh ADUN DAP berikutan dari tawaran yang diterima antara RM10 juta hingga RM65 juta dari individu tertentu dari Barisan nasional.
Timbalan Pengerusi DAP M. Kulasegaran memberitahu pada sidang akhbar di Pejabat DAP Perak kelmarin (8 Apr), beliau telah memberi kenyataan kepada pegawai BPR Isnin lalu.
"Pegawai BPR telah berjumpa dengan saya sebaik dimaklumkan oleh pihak Polis berhubung dengan kes tersebut dan saya telah memberi sepenuh kerjasama kepada pegawai berkenaan" katanya.
Isnin lalu, ADUN Tronoh, V. Sivakumar telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ipoh berhubung dengan tawaran yang telah diterima oleh beliau antara RM10 juta hingga RM65 juta untuk menyertai BN.
Kulasegaran berkata pihak polis telah mengambil kenyataan dari Sivakumar pada Isnin lalu dan BPR juga telah mengambil tindakan yang sama semalam.
Mengikut Sivakumar, tawaran yang dibuat melalui beberapa SMS dan panggilan talifon sebaik saja BN dimaklumkan kalah pada pilihanraya umum yang lalu.
Wakil ADUN DAP yang lain dari Buntong A. Sivasubramaniam juga telah menerima tawaran yang sama dan akan membuat laporan polis. Sivasubramaniam berkata, tawaran telah diterima beliau sebaik saja beliau diumumkan telah memenangi kerusi Buntong pada 8 Mac yang lalu.
"Saya telah menerima banyak panggilan talifon menjemput saya menyertai BN dengan dijanjikan tawaran yang sangat lumayan sehingga RM80 juta", katanya.
Dia akan membuat laporan polis pada hari ini.
Sivasubramaniam sendiri telah menyebabkan sedikit kacaubilau pada 31 Mac yang lalu apabila beliau mengumumkan akan keluar dari DAP disebabkan beliau tidak gembira disebabkan hanya satu kerusi EXCO sahaja diperuntukkan kepada kaum India. Pada hari yang sama beliau telah menarik semula hasrat untuk keluar dari DAP dengan alasan salah faham dari pihaknya.
theSun P-2, Rabu- 9 April 2008

No comments: