Monday, March 31, 2008

Tangga 1000, Perjalanan kepuncak Gunung Jerai


Tangga 1000, Titi Hayun Yan, Kedah. Perjalanan menuju puncak Gunung Jerai selain dari jalan utama mengikut kaki gunung bersebelahan Guar Cempedak, boleh juga didaki melalui jalan bermula dari Titi Hayun, Yan Kedah.
Perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai kepuncak, bermula dari Titi Hayun, disusuli dengan 1000 anak tanggak mendaki kepuncak Gunung Jerai. Selepas 1000 anak tangga ini, pendaki harus melalui lorong laluan pejalan kaki yang dianggarkan lagi 2/3 dari ketinggian Tangga 1000.
Seeloknya sesiapa yang kurang mahir mendaki, digalakkan mendaki secara berkumpulan dengan penunjuk arah. Ini kerana laluan selepas Tangga 1000 agak sukar dan memerlukan seseorang yang sudah biasa dengan jalan-jalan hutan disana. Khidmat penunjuk arah boleh didapati dari Challet D'Yan yang akan mengenakan bayaran sebanyak RM100 untuk sehari.
Untuk keterangan lanjut boleh lawati site berikut

Friday, March 28, 2008

Kenapa sesetengah kita masih berpemikiran ciput?

Saya berkesempatan berbual dan mendengar pandangan beberapa rakan UMNO dari golongan penyokong hardcore kampung hulu hinggalah kepada pemimpin bergelar YB.

Rata2 dari perbualan ini menampakkan cara pemikiran yang saya katakan ciput yang tidak lagi relevan dengan senario harian dalam kehidupan masyarkat Malaysia hari ini.

Kita sudah merdeka lebih dari 50 tahun, tapi cara pemikiran sesetengah dari kita seolahnya merasakan bahawa kita masyarakat Melayu masih berada seperti ditahun 1969, tahun dimana berlakunya pertumpahan darah akibat dari tercetusnya rusuhan antara kaum di Malaysia.

Antara buah pandangan yang dilontarkan contohnya adalah:

1) Habislah kita orang Melayu, BN tidak lagi memerintah negeri-negeri A, B, D, K, P dan W.

Kenapa persoalan ini masih timbul? Jika perkara sebegini masih berada dlm pemikiran seseorang, kita berhak bertanya, jika inilah perkara yang menjadi kebimbangan,

  • Kenapa perlu diadakan pilihanraya? Kerana apabila pilihanraya diadakan, kebarangkalian BN akan kalah adalah 50-50. Apakah sesetengah dari kalangan kita ( terutama rakan saya dari UMNO) tidak pernah memikirkan implikasi jika kalah yang sememangnya merupakan adat dalam proses demokrasi.
  • Apakah pilihanraya hanyalah mainan yang bukan bermaksud untuk memilih pemimpin yang diingini oleh rakyat? Apakah pilihanraya hanyalah lakonan yang ingin ditunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang mana keputusan pemilihan rakyat mesti hanya berpihak kepada BN?
  • Persoalan lain yang timbul adalah, apakah sesetengah dari kita masih lagi dibelenggu oleh pemikiran bahawa rakyat Malaysia masih bodoh seperti mana tahun-tahun sebelum 1999 yang mana mereka akan menerima setiap hentakan maklumat yang dipancutkan oleh media cetak dan media elektronik yang dikuasai oleh mereka bulat-bulat tanpa berupaya membuat penilaian alternatif dari perkembangan ledakan informasi antaranya melalui medium internet?

Cukuplah Melayu hardcore berpemikiran cara 1969. Bukalah minda dan perhatikan dunia disekeliling anda. Cubalah menawarkan diri dengan menjadi pemimpin yang berkarisma, berintegriti, bermoral, anamah dan berakhlak. Jika anda berupaya meyakinkan masyarakat Malaysia bahawa anda masih relevan untuk dipilih sebagai pemimpin yang berkualiti bagi memimpin masyarakat Malaysia yang sudah maju mindanya, anda boleh menanti giliran anda untuk dipilih semula jika pemimpin yang diberi peluang pada hari ini dari kalangan BA tidak melaksanakan amanah yang diberi sebagaimana yang diharapkan.

Jika anda masih berpemikiran ciput dengan menyalahkan orang ramai yang diberi hak untuk menentukan siapakah yang layak memerintah Malaysia, tunggulah masanya, anda bakal menjadi monumen yang bakal terpahat di muzium yang akan dibaca seperti berikut pada tahun 2014 "Parti Pemerintah Malaysia, BN 1957-2013".

Tuesday, March 25, 2008

Awas anak kita, jangan ada yang hilang lagi!!!



Kehilangan adik Sharline masih lagi menghantui kita semua, menyusul kemudian adik Asmawi pula memecah berita yang membimbangkan semua ibu-bapa. Belum reda kebimbangan berita kehilangan adik-adik ini, terbaru berita yang hampir serupa menimpa sepasang suami isteri yang keluar membeli barang keperluan di Giant Sungai Petani kira-kira 2 minggu yang lalu. Nasib masih menyebelahi pasanganan ini diatas kepantasan pengawal keselamatan bertindak menutup pintu pagar besar lantas menghalang penculik dari melarikan anak pasangan ini.



Sebelum kejadian sepasang suami isteri keluar membeli belah di pasaraya besar Giant Sungai Petani. Setelah sampai di sana, pasangan ini membawa anak mereka bermain di medan permainan yang terdapat dalam premis Giant tersebut. Menyangka anaknya selamat bermain dalam kawasan tertutup itu, pasangan ini mengambil kesempatan meninjau di kedai barangan asesori berhampiran. Tidak lama meninjau dikawasan sekitar, mereka pergi semula ke medan permainan dimana anak mereka sedang bermain.






Pasangan itu terperanjat mendapati anak mereka tidak lagi ada disana. Mereka bertanya pada pengawal keselamatan dimana anak mereka. Menyedari kemungkinan buruk berlaku, pengawal keselamatan bertindak pantas dengan menutup kesemua pintu besar sambil menjalankan pencarian keseluruh persekitaran dalaman dan luaran pasaraya tersebut.






Dalam suasana kelam kabut dan pencarian pastas pengawal keselamatan, mereka mendapati sebuah kereta mengandungi seorang kanak-kanak yang telah pengsan dan berambut pendek. Ibu-bapa kanak-kanak yang hilang dimaklumkan dengan penjumpaan itu. Setelah sampai disana, sahlah kanak-kanak itu adalah anak mereka yang hilang. Dalam masa yang singkat itu, rambutnya telah digunting pendek dan dipengsankan. Penculik anak tersebut telah melarikan diri dan tidak dapat dikesan.






Kepada semua ibu-bapa yang mempunyai anak kecil berwaspadalah akan keselamatan anak-anak kita. Pasangan ini bernasib baik kerana cepat menyedari kehilangan anaknya dan tindakan pantas pengawal keselamatan dapat menghalang satu lagi kemungkinan kehilangan anak yang dicolek. Kita perlu berusaha lebih demi memastikan keselamatan anak-anak kita terjamin. Persoalannya apakah langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap penculik yang senantiasa menanti peluang kealpaan ibu-bapa untuk menculik anak-anak yang terlepas pandang penjaganya? Apakah kita berada dalam suasana seperti mana harimau yang sedang menunggu peluang menerkam anak kerbau yang tercicir dari kumpulan kerbau dewasa?

Sunday, March 23, 2008

Arah Kiblat Masjid Kristal silap





Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahwa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.


Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terangganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar.




Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan Asar, ramai pelawat sembahyang berjemaah di masjid itu. Sememangnya mereka tidak menyedari bahawa arah kiblat silap. Setelah selesai bersembahyang disana, rakan sahabat saya ini yang berasal dari Terangganu memanggil beliau untuk menunjukkan sesuatu. "Cuba kau lihat arah matahari, bukan ikut kebiasaan ditempat kita bukan?" Rakan saya terperasan bahawa kedudukan matahari berada pada kedudukan 30 darjah diluar dari posisi arah kiblat yang sebenar berbanding dengan arah kiblat Masjid Kristal Pulau Wan Man.


Macam mana perkara ini boleh terjadi? Masakan perkara pokok dalam mendirikan sebuah masjid iaitu arah kiblat tidak diberi tumpuan utama. Tetapi jika masjid ini hanya sekadar didirikan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancung dan bukan untuk bersolat, maka arah kiblat bukan soal yang tersangat penting.

Nabi Muhammad S.A.W Insan kamil


Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

lagi ----> http://aneroid09.blogspot.com/

Saturday, March 22, 2008

Mahathir menyinga: "Derhaka atau terus dijajah"


Cetak E-mail
Oleh bigdogdotcom.wordpress.com
Jumaat, 21 Mac 2008

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa masih lagi wujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang.

“Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.

“Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!”

Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan, tetapi di belakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”

Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu.

Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang.

"Orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun."

“Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.

Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau memberi tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun.

Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.

Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘menderhaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka. Ini mengundang soal mencabar Kepimpinan dan kemungkinan berlaku perpecahan kepada UMNO, maka reaksi beliau ialah “UMNO masa saya pun biasa berpecah. Dua kali. Sekali Tengku Razaleigh cabar saya dan sekali lagi kes Anwar.

"Namun UMNO berjaya dipulihkan dan orang Melayu kembali bersatu, dalam masa terdekat. Lihat bagaimana UMNO begitu kuat dalam tahun 2004 (Walaupun kes Anwar Ibrahim memecahkan UMNO dan sokongan orang Melayu)”.

Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.

‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO.

"Tiada makna sekiranya Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”
Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlis Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”.

Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekiranya Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”

Berita ini dipetik secara bebas dari bigdogdotcom.wordpress.com- Pengarang


Friday, March 21, 2008

Benarkah pemimpin muda UMNO berjuang untuk rakyat?


Satu hari, baru saja lepas pilihanraya saya sempat berborak santai dengan beberapa orang kawan sambil menunggu masuk waktu solat Isyak. Dalam banyak topik yang dibualkan ada satu topik yang menarik untuk diketengahkan.

Cerita sorang kawan yang kebetulan sedang makan di sebelah calon ahli parlimen UMNO-BN yang kalah bertanding di satu parlimen di Kedah. Kawan nie mencuri dengar perbualan calon ini dengan kawan-kawannya. Rancak sakan perbualan tersebut sehingga tidak mereka sedari kuatnya perbualan mereka menarik perhatian telinga-telinga bersebelahan mencuri dengar intipati perbualan mereka.

Kata bekas calon nie, "si mamat tu betul tak guna, aku bagi duit bukannya nak buat kerja betul -betul, asyik dok nak ligan projek saja... bla-bla". Diakhir perbualan mereka setelah selesai makan, ayat penamat yang betul berbekas di telinga kawan saya nie adalah "biar mampos pi lah UMNO".

Persoalanya adalah, benarkah pemimpin UMNO terutamanya dari kalangan pemuda benar-benar berjuang untuk kepentingan Melayu keseluruhanya atau mereka hanya menggunakan platform kedudukan politik yang dimenangi untuk mengambil kesempatan membuat harta ? Yang dapat dirumuskan adalah mereka ini hanya mencari peluang mencari kekayaan dengan berselindungkan perjuangan dibawah payung UMNO. Benarkah begitu?

Setakat mana minda orang kita?

Setakat sehari dua nie tak da topik lain yang paling menarik untuk dibualkan, melainkan perbincangan berkisar pada keputusan PRU 12 yang lalu. Saya tidak berminat untuk tumpang sekaki memberi ulasan kepada keputusan PRU yang umum sudah ketahui.

Satu perkara yang ingin saya ketengahkan adalah minda penyokong kuat umno yang berborak dengan saya.

Kebetulan rakan saya (UMNO) nie sedara dia ada masuk bertanding di negeri Utara nie dan kalah pulak. Baru sepenggal sedara dia menjadi YB dan sempat juga menikmati kerusi EXCO. Tak payah sebut namalah, kalau sebuat nanti ramai yang tau. Bukan sedara dia yang ingin diketengahkan dalam perbincangan saya pada kali ini.

Dalam berborak tu kami pun bertanyalah, Apa dah jadi? Dia pun apa lagi mula buka ceritalah, biasalah sedara orang politik, lebih sudu dari kuah. Dalam dok borak tu adalah terkeluar dari cerita-cerita dari internet tentang ketua puteri umno, hubungan rapat dengan menteri besar, kisah-kisah mb yang belum pun cukup haul menjadi mb dah mampu bina banglo berjuta-juta dan macam-macam lagi.

Dia memberi respon yang agak mengejutkan. Katanya "apa raa cerita dari internet pun percaya ka". Saya pun membalas balik "awat, ingat orang yang menulis kat internet tu semua haprak ka?". Saya angak panas telinga dengan sindiran sinisnya.

Dalam hati berkata "patutlah masih dok sokong UMNO, rupanya macam katak bawah tempurung".

Masalah dengan sesetengah orang Melayu nie adalah, terlalu obses dengan apa yang dia tahu disekitarnya sahaja. Perkembangan diluar ruang kotak fikiranya dianggap jumud dan terkeluar dari kebenaran. Sebab itulah sering kita dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut sesetengah penyokong kuat UMNO "habislah Melayu Pulau Pinang lepas ni, semua dah jadi milik bangsa asing, takkan ada lagi azan berkumandang di masjid-masjid di Penang".

Kenapa tanggapan seperti ini boleh terjadi ? Salah satu puncanya adalah maklumat yang diterima hanya hasil sumbatan kata-kata dari pemimpin UMNO yang bimbangkan peluang mereka membina kekayaan akan terkatup. Pemimpin-pemimpin inilah yang menanamkan keyakinan bahawa hanya Melayu UMNO sahaja yang bijak memerintah. Melayu lain dari UMNO semuanya bodoh dan kalau diberi peluang akan lingkuplah negara ini. Mereka sengaja disempitkan pemikiran supaya pemimpin UMNO boleh terus mendapat sokongan untuk membina kekayaan peribadi. Masalahnya adalah kelompok yang boleh disempitkan pemikiran mereka ini masih ramai di kampung-kampung yang mana pendedahan kepada sumber maklumat alternatif sangat terbatas. Sebab itulah dapat dilihat bahawa di negeri-negeri sebelah utara, UMNO hanya mendapat kerusi DUN dan Perlimen di kampung-kampung sahaja.

Satu tanggapan yang dapat saya rumuskan dari borak saya dengan rakan ini adalah, Parti UMNO adalah parti orang kampung dan penyokong UMNO adalah orang yang mindanya hanya sekitar kampung.

Kemelut kekecewaan wakil rakyat BN Sabah, Sarawak semakin menular

Posted on Friday, March 21 @ 21:29:46 MYT by SongkokPutih
Analisis Isu Oleh kelantankini

" BAYANGAN Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan goyah nampaknya semakin menjadi kenyataan.

Sekali pun belum disahkan kebenarannya, namun ura-ura beberapa wakil rakyat BN di Sabah dan Sarawak bakal beralih 'kapal' nampaknya semakin menyebabkan pemimpin-pemimpin BN seperti 'cacing kepanasan'.

Jika tidak masakan Presiden Umno merangkap Pengerusi BN mengarahkan Setiausaha Agungnya yang baru, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya menghantar pasukan perisik khas menangani kemelut berkenaan.

Belum pun reda dengan berita seorang anggota Parlimennya dari parti SUPP bakal 'melawan arus', khabar terbaru pula menyebut wakil rakyat kawasan Mas Gading kini sedang menimbang untuk keluar parti.

Wakil rakyat berkenaan, Dr Tiki Lafe menghadapi dilema sama dengan anggota Parlimen Serian, Richard Riot iaitu kekecewaan kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Laporan Malaysiakini yang belum disahkan menyebut wakil Mas Gading itu kini bercuti dan enggan mengesah atau menafikan laporan beliau meninggalkan BN.

Semalam ahli parlimen Serian, Richard Riot, dilaporkan telah keluar daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) -- parti komponen BN -- bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri.

Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam bagaimanapun menafikannya dengan menyatakan parti itu belum menerima surat Richard.

Sebelum itu Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dengan dekat dengan Richard, wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada George Chan pada hari yang sama Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.

Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.

Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.

Bagaimanapun jika benar keputusan wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak bertindak keluar dari BN atas dasar kekecewaan kerana tidak mendapat jawatan yang diidamkan, pemimpin dalam pakatan BA -- khususnya Anwar Ibrahim -- perlulah lebih berhati-hati supaya hasrat untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Abdullah tidak memakan diri sendiri.

kelantankini.com