Tuesday, March 25, 2008

Awas anak kita, jangan ada yang hilang lagi!!!



Kehilangan adik Sharline masih lagi menghantui kita semua, menyusul kemudian adik Asmawi pula memecah berita yang membimbangkan semua ibu-bapa. Belum reda kebimbangan berita kehilangan adik-adik ini, terbaru berita yang hampir serupa menimpa sepasang suami isteri yang keluar membeli barang keperluan di Giant Sungai Petani kira-kira 2 minggu yang lalu. Nasib masih menyebelahi pasanganan ini diatas kepantasan pengawal keselamatan bertindak menutup pintu pagar besar lantas menghalang penculik dari melarikan anak pasangan ini.



Sebelum kejadian sepasang suami isteri keluar membeli belah di pasaraya besar Giant Sungai Petani. Setelah sampai di sana, pasangan ini membawa anak mereka bermain di medan permainan yang terdapat dalam premis Giant tersebut. Menyangka anaknya selamat bermain dalam kawasan tertutup itu, pasangan ini mengambil kesempatan meninjau di kedai barangan asesori berhampiran. Tidak lama meninjau dikawasan sekitar, mereka pergi semula ke medan permainan dimana anak mereka sedang bermain.






Pasangan itu terperanjat mendapati anak mereka tidak lagi ada disana. Mereka bertanya pada pengawal keselamatan dimana anak mereka. Menyedari kemungkinan buruk berlaku, pengawal keselamatan bertindak pantas dengan menutup kesemua pintu besar sambil menjalankan pencarian keseluruh persekitaran dalaman dan luaran pasaraya tersebut.






Dalam suasana kelam kabut dan pencarian pastas pengawal keselamatan, mereka mendapati sebuah kereta mengandungi seorang kanak-kanak yang telah pengsan dan berambut pendek. Ibu-bapa kanak-kanak yang hilang dimaklumkan dengan penjumpaan itu. Setelah sampai disana, sahlah kanak-kanak itu adalah anak mereka yang hilang. Dalam masa yang singkat itu, rambutnya telah digunting pendek dan dipengsankan. Penculik anak tersebut telah melarikan diri dan tidak dapat dikesan.






Kepada semua ibu-bapa yang mempunyai anak kecil berwaspadalah akan keselamatan anak-anak kita. Pasangan ini bernasib baik kerana cepat menyedari kehilangan anaknya dan tindakan pantas pengawal keselamatan dapat menghalang satu lagi kemungkinan kehilangan anak yang dicolek. Kita perlu berusaha lebih demi memastikan keselamatan anak-anak kita terjamin. Persoalannya apakah langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap penculik yang senantiasa menanti peluang kealpaan ibu-bapa untuk menculik anak-anak yang terlepas pandang penjaganya? Apakah kita berada dalam suasana seperti mana harimau yang sedang menunggu peluang menerkam anak kerbau yang tercicir dari kumpulan kerbau dewasa?

No comments: