Sunday, March 23, 2008

Arah Kiblat Masjid Kristal silap





Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahwa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.


Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terangganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar.




Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan Asar, ramai pelawat sembahyang berjemaah di masjid itu. Sememangnya mereka tidak menyedari bahawa arah kiblat silap. Setelah selesai bersembahyang disana, rakan sahabat saya ini yang berasal dari Terangganu memanggil beliau untuk menunjukkan sesuatu. "Cuba kau lihat arah matahari, bukan ikut kebiasaan ditempat kita bukan?" Rakan saya terperasan bahawa kedudukan matahari berada pada kedudukan 30 darjah diluar dari posisi arah kiblat yang sebenar berbanding dengan arah kiblat Masjid Kristal Pulau Wan Man.


Macam mana perkara ini boleh terjadi? Masakan perkara pokok dalam mendirikan sebuah masjid iaitu arah kiblat tidak diberi tumpuan utama. Tetapi jika masjid ini hanya sekadar didirikan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancung dan bukan untuk bersolat, maka arah kiblat bukan soal yang tersangat penting.

2 comments:

The Evolution Team said...

sy mrupakan seorang pekerja yang bekerja di taman tamadun islam, untuk makluman semua, pada bulan awl bulan april, Mufti,JKR dan ASTRO OASIS telah pergi ke masjid kristal bagi menyangkal segala maklumat palsu yang menyatakan ''kiblat MASJID KRISTAL ADALAH SALAH'' sama sekali TIDAK BETUL. kiblat masjid kristal hanya boleh di pastikan dengan menggunakan kompas khas. Pihak JKR telah membuat pengujian dan telah terbukti, KIBLAT MASJID KRISTAL ADALAH TEPAT!!!

Anonymous said...

Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.”