Friday, March 21, 2008

Setakat mana minda orang kita?

Setakat sehari dua nie tak da topik lain yang paling menarik untuk dibualkan, melainkan perbincangan berkisar pada keputusan PRU 12 yang lalu. Saya tidak berminat untuk tumpang sekaki memberi ulasan kepada keputusan PRU yang umum sudah ketahui.

Satu perkara yang ingin saya ketengahkan adalah minda penyokong kuat umno yang berborak dengan saya.

Kebetulan rakan saya (UMNO) nie sedara dia ada masuk bertanding di negeri Utara nie dan kalah pulak. Baru sepenggal sedara dia menjadi YB dan sempat juga menikmati kerusi EXCO. Tak payah sebut namalah, kalau sebuat nanti ramai yang tau. Bukan sedara dia yang ingin diketengahkan dalam perbincangan saya pada kali ini.

Dalam berborak tu kami pun bertanyalah, Apa dah jadi? Dia pun apa lagi mula buka ceritalah, biasalah sedara orang politik, lebih sudu dari kuah. Dalam dok borak tu adalah terkeluar dari cerita-cerita dari internet tentang ketua puteri umno, hubungan rapat dengan menteri besar, kisah-kisah mb yang belum pun cukup haul menjadi mb dah mampu bina banglo berjuta-juta dan macam-macam lagi.

Dia memberi respon yang agak mengejutkan. Katanya "apa raa cerita dari internet pun percaya ka". Saya pun membalas balik "awat, ingat orang yang menulis kat internet tu semua haprak ka?". Saya angak panas telinga dengan sindiran sinisnya.

Dalam hati berkata "patutlah masih dok sokong UMNO, rupanya macam katak bawah tempurung".

Masalah dengan sesetengah orang Melayu nie adalah, terlalu obses dengan apa yang dia tahu disekitarnya sahaja. Perkembangan diluar ruang kotak fikiranya dianggap jumud dan terkeluar dari kebenaran. Sebab itulah sering kita dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut sesetengah penyokong kuat UMNO "habislah Melayu Pulau Pinang lepas ni, semua dah jadi milik bangsa asing, takkan ada lagi azan berkumandang di masjid-masjid di Penang".

Kenapa tanggapan seperti ini boleh terjadi ? Salah satu puncanya adalah maklumat yang diterima hanya hasil sumbatan kata-kata dari pemimpin UMNO yang bimbangkan peluang mereka membina kekayaan akan terkatup. Pemimpin-pemimpin inilah yang menanamkan keyakinan bahawa hanya Melayu UMNO sahaja yang bijak memerintah. Melayu lain dari UMNO semuanya bodoh dan kalau diberi peluang akan lingkuplah negara ini. Mereka sengaja disempitkan pemikiran supaya pemimpin UMNO boleh terus mendapat sokongan untuk membina kekayaan peribadi. Masalahnya adalah kelompok yang boleh disempitkan pemikiran mereka ini masih ramai di kampung-kampung yang mana pendedahan kepada sumber maklumat alternatif sangat terbatas. Sebab itulah dapat dilihat bahawa di negeri-negeri sebelah utara, UMNO hanya mendapat kerusi DUN dan Perlimen di kampung-kampung sahaja.

Satu tanggapan yang dapat saya rumuskan dari borak saya dengan rakan ini adalah, Parti UMNO adalah parti orang kampung dan penyokong UMNO adalah orang yang mindanya hanya sekitar kampung.

No comments: